Saturday 6 August 2011

     TRIFLE...
Pertama kali mencuba trus menjadi... ;) dengan bantuan mylovely hubby hee! bahan-bahan mudah didapati dikedai dan cpat dibuat..ia mengambil masa 30minit sahaja... :)

Thursday 28 July 2011

Apam Polkadot

saya suka makan apam polkadot! saya amik resipi nie pon kat internet.. saya try buat dan menjadi . Rasenya sungguh sedap..hee resipinya sangat mudah :)

RESEPI APAM POLKADOT
Bahan-bahannya.

3biji Telur yang disejukan dalam fridge
275 gm Tepung Gandum
3 sudu kecil Serbuk Penaik
1 sudu kecil Ovalatte
200gm Gula Halus
250 ml Susu Segar
Esen Vanilla
filing dan perasa dan pewarna ikut citarasa sendiri..filing boleh dibeli dikedai barangan membuat kek..

Cara- cara membuatnya:-

1. Pukul telur dan gula sampai kembang gunakan mixer.
2. Masukan Tepung Gandum yang telah diayak bersama serbuk penaik dan masukkan berselang seli dengan susu segar.
3. Masukkan Ovalatte dan Esen Vanilla..gaul sebati mengunakan mixer..
4. Bolehlah adunan dibahagikan mengikut warna yang digemari,contoh gunakan pewarna pink dengan filing strawberry dan buatlah polka dot warna putih..
5. Masukan sedikit adunan dalam paper cup, masukan filing dan tutup dengan adunan apam..setelah siap semua bolehlah mula membuat polkadotnya
6. Kukus dengan api yang sederhana selama lebih kurang 10-15 minit..

* apam ini tak sesuai disimpan didalam fridge kerana akan menjadi keras..